Perubatan Kulinari Untuk Warga Emas
Buku Perubatan Kulinari untuk Warga Emas menggabungkan sains pemakanan, seni memasak, dan amalan budaya Malaysia untuk membantu warga emas hidup lebih sihat, lebih kuat, lebih gembira dan ceria.
Ditulis khusus untuk komuniti Malaysia, buku ini menawarkan:
panduan pemakanan untuk penuaan sihat,
teknik memasak rendah garam, gula dan lemak,
resipi mesra warga emas yang mudah disediakan,
strategi mengurus diabetes, tekanan darah tinggi & penyakit buah pinggang,
panduan diet bertekstur untuk masalah menelan,
cara membaca label makanan,
perancangan hidangan & perubahan tingkah laku.
Sama ada anda warga emas, penjaga, fasilitator komuniti, atau profesional kesihatan, buku ini ialah rakan setia anda dalam perjalanan menuju penuaan sihat. Sebuah buku yang mengubah dapur menjadi ruang pemulihan.
Currently No Review